SHAH ALAM, 27 SEPT: Institusi masjid disaran memperkasakan peranan sebagai pusat tumpuan komuniti (PTK), bukan sebagai tempat beribadah sahaja.
Berkongsi hasil sumbang saran golongan intelektual agama, pensyarah Fakulti Pengajian dan Perabadan Islam Universiti Islam Selangor (UIS) berkata masjid perlu membangunkan dewan serbaguna bagi aktiviti seminar, sukan, jamuan rakyat, perkahwinan termasuk tempat rekreasi.
[caption id="attachment_665260" align="alignleft" width="389"] Pensyarah Fakulti Pengajian dan Perabadan Islam Universiti Islam Selangor, Prof Madya Dr Mariam Abd Majid. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Prof Madya Dr Mariam Abd Majid berkata kajian turut mencadangan masjid sebagai rumah tumpangan sementara bagi mangsa bencana atau mereka yang berdepan masalah keluarga.
"Kajian dilakukan selama setahun melalui geran disediakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) juga menumpukan pembinaan hotel supaya penginap boleh singgah untuk mendekatkan mereka dengan masjid untuk mengukuhkan peranan sebagai PTK,,” katanya.
Beliau merupakan salah seorang dari tiga pembentang yang ditemui pada Seminar Kajian Islam peringkat Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini, semalam.
[caption id="attachment_665261" align="alignright" width="427"] Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Selangor, Norazla Abdul Wahab.Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Seorang lagi pembentang berkongsi kajian mengenai kesedaran hukum ihdad wanita kerjaya di Selangor dengan mencadangkan agensi agama menubuhkan majlis khusus untuk memberi sokongan kepada isteri yang kehilangan suami.
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang UIS Norazla Abdul Wahab berkata hasil kajian mendapati wanita berkerjaya menghadapi isu kewangan, sosial, emosi dan kekangan cuti bagi memenuhi tuntutan menjalani proses idah.
“Maksud ihdad wanita yang kematian suami, mereka perlu menjalani tempoh idah empat bulan 10 hari mematuhi larangan yang disyariat Islam seperti tidak boleh keluar rumah, memakai hiasan dan tidak boleh menerima pinangan.
“Namun, polisi sedia ada menetapkan cuti kematian hanya tujuh hari. Perlu satu polisi yang holistik bagi menangani isu ini, jadi kajian berpandangan sebuah majlis di bawah kelolaan autoriti agama perlu ditubuhkan,” jelasnya.