ad
AGENSI

MAHA: Pavilion Selangor platform usahawan perkenal produk, luaskan pasaran

20 Sep 2024, 9:38 AM
MAHA: Pavilion Selangor platform usahawan perkenal produk, luaskan pasaran
MAHA: Pavilion Selangor platform usahawan perkenal produk, luaskan pasaran
MAHA: Pavilion Selangor platform usahawan perkenal produk, luaskan pasaran
MAHA: Pavilion Selangor platform usahawan perkenal produk, luaskan pasaran
MAHA: Pavilion Selangor platform usahawan perkenal produk, luaskan pasaran
MAHA: Pavilion Selangor platform usahawan perkenal produk, luaskan pasaran

SUBANG JAYA, 20 SEPT: Pavilion Selangor di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 menjadi platform usahawan mengembangkan potensi pasaran produk mereka.

Pengasas Meme Vanilla Farm berkata puluhan pokok vanila dipamerkan bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat tumbuhan yang mempunyai nilai komersial tinggi di pasaran itu.

Menurut Dr Chong Yee Hang, setakat ini kira-kira 1,700 pokok vanila sudah ditanam  di ladang seluas 1.5 ekar di Kuala Kubu Bharu sejak empat tahun lalu.

[caption id="attachment_664213" align="aligncenter" width="800"] Pengasas Meme Vanilla Farm Dr Chong Yee Hang[/caption]

“Memang ramai yang akui tidak pernah melihat pokok vanila secara dekat, jadi di Pavilion Selangor mereka berpeluang untuk tengok, rasa sendiri tekstur buah vanila dan mereka boleh membelinya.

“Di sini, ada pengusaha bakeri dan aiskrim yang berminat mendapatkan bekalan vanila daripada kami selain ada yang mahu khidmat nasihat untuk memulakan tanaman vanila,” katanya ditemui di Pameran MAHA 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), di sini.

Sementara itu pengurus syarikat LPY Akuakultur Sdn Bhd berkata pihaknya mengetengahkan ikan gourami yang mempunyai nilai komersial tinggi kepada pengunjung di Pavilion Selangor.

Dr Sharihan Fathi berkata spesies ikan kaloi itu bukan sahaja dipamerkan, malah pengunjung juga berpeluang membelinya.

[caption id="attachment_664212" align="aligncenter" width="813"] Pengurus Syarikat LPY Akuakultur Sdn Bhd Dr Sharihan Fathi[/caption]

“Hanya di MAHA sahaja kami buka jualan untuk pengunjung kerana setakat ini hanya dijual kepada peniaga restoran saja. Pengunjung Pavilion Selangor bertuah kerana dapat merasa dan boleh beli bawa balik ikan yang sejuk beku.

“Di Malaysia mungkin ramai yang takut makan ikan kaloi mungkin kerana biasa dengar cerita dongeng mengenainya, tetapi sebenarnya ia boleh dimakan dan di Indonesia sangat popular,” katanya.

[caption id="attachment_664211" align="aligncenter" width="817"] Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor (Pembangunan) Siti Mariam Abd Ghani[/caption]

Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor (Pembangunan) berkata dari 11 September hingga semalam, jualan produk usahawan dan kafe di Pavilion Selangor mencatat nilai kira-kira RM25,000.

“Kita bawa 117 jenis produk keluaran usahawan tempatan dan Fama selain membuka kafe Kanchong Darat Coffee@Kopie Satu di Pavilion Selangor.

“Antara produk paling laris di sini sepanjang Maha 2024 adalah minuman koko pracampur, mi bandung segera, latok dan barangan kudapan seperti kerepek.

“Kita jangka dua hari terakhir iaitu esok dan Ahad pengunjung akan lebih ramai dan Fama akan buat promosi tawaran hebat nanti,” kata Siti Mariam Abd Ghani.

[caption id="attachment_664217" align="aligncenter" width="814"] Pengunjung mencuba ikan gourami yang dijual di Pavillion Selangor ketika Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 20 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Sebelum ini EXCO pertanian menyasar kehadiran 50,000 pengunjung ke Pavilion Selangor yang menjadi platform padanan perniagaan terbaik bagi syarikat dan usahawan negeri ini mengembangkan pasaran produk.

Ir Izham Hashim turut menyasar pemeteraian perjanjian kerjasama dan padanan perniagaan berikutan usahawan serta agensi bawah negeri mempunyai produk berpotensi tinggi untuk dieksport.

Bertemakan ‘Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan’, pameran pertanian terbesar di Asia Tenggara itu menyediakan lebih 2,000 ruang jualan dan dibuka mulai jam 10 pagi hingga 10 malam dari 11 September hingga Ahad ini.

[caption id="attachment_664219" align="aligncenter" width="812"] Pengunjung menghidu bau vanila ketika berkunjung di reruai Meme Vanilla Farm di Pavilion Selangor sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 20 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.