ad
BERITA UTAMA

Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan rumah kebajikan

20 Sep 2024, 1:00 AM
Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan rumah kebajikan

SHAH ALAM, 20 SEPT: Kerajaan Negeri menubuhkan jawatankuasa khas untuk menambah baik garis panduan rumah kebajikan terutama melibatkan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan anak yatim

EXCO kebajikan berkata jawatankuasa yang dipengerusikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze dianggotai wakil pihak berkuasa tempatan (PBT), Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) dan bahagian undang-undang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Anfaal Saari, jawatankuasa tersebut antara lain meneliti cadangan mewujudkan undang-undang kecil perkhidmatan pusat jagaan di bawah penguatkuasaan PBT.

"Sebelum ini jawatankuasa tumpu kajian di peringkat taska. Namun kita berpendapat wajar diperluaskan ke rumah kebajikan lain. Jawatankuasa ini juga untuk memudah cara isu berbangkit seperti masalah kewangan dan isu teknikal pembangunan rumah kebajikan.

“Selain itu, ia akan mengkaji cadangan menwujudkan enakmen khas mengenakan syarat setiap rumah perlindungan perlu mempunyai minimum empat orang penghuni,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata isu eksplotasi kanak-kanak yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services & Business (GISB) Holdings membuka mata pelbagai pihak perlunya pembaharuan sistem yang mengawasi rumah kebajikan.

"Insya-Allah Selangor akan menambah baik garis panduan rumah kebajikan. Mesyuarat kali pertama pada Ogos lepas dan seterusnya akan diadakan bulan Oktober depan,” jelasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.