ad
AGENSI

Kursus percuma belajar asas penjagaan kanak-kanak 28 September, terhad 50 peserta

17 Sep 2024, 2:14 PM
Kursus percuma belajar asas penjagaan kanak-kanak 28 September, terhad 50 peserta

SHAH ALAM, 17 SEPT: Pengasuh sekitar Selangor dipelawa menyertai Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak selama dua hari bermula 28 September ini di Hotel Acappella di sini.

Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IMPAK) menerusi Facebook memaklumkan kursus memasuki siri ke-16 itu ditawarkan secara percuma, terhad kepada 50 pengasuh terawal.

"Bersama kami dalam kursus dua hari satu malam yang penuh dengan ilmu dan pengalaman berharga! Anda akan mempelajari asas pengasuhan, penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak dalam suasana yang kondusif dan mesra.

"Menerusi kursus ini peserta akan diajar teknik menjaga kebersihan diri dan persekitaran, penyediaan pemakanan sihat untuk kanak-kanak dan langkah-langkah keselamatan menjaga mereka," katanya.

Menariknya, peserta akan dapat penginapan dan makanan ditaja sepenuhnya sepanjang kursus oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) termasuk menerima sijil penyertaan.

"Tempat adalah terhad kepada 50 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ini untuk menimba pengetahuan dan menjadi pengasuh yang lebih dipercayai," katanya.

Untuk pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://bit.ly/daftarIMPAKmedsos dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Farhana 017-340 1364.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.