AGENDA

Petaling, Klang antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari

16 Sep 2024, 12:58 AM
Petaling, Klang antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari
Petaling, Klang antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 16 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 12 tengah hari.

Menurut agensi itu menerusi Facebook, cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya serta beberapa kawasan di Johor dan Pahang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_663532" align="aligncenter" width="1119"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.