ad
BERITA UTAMA

EXCO: Kegiatan ekstremis, pelajar di Timur Tengah diingat tidak terpengaruh

14 Sep 2024, 6:00 AM
EXCO: Kegiatan ekstremis, pelajar di Timur Tengah diingat tidak terpengaruh
EXCO: Kegiatan ekstremis, pelajar di Timur Tengah diingat tidak terpengaruh
EXCO: Kegiatan ekstremis, pelajar di Timur Tengah diingat tidak terpengaruh
EXCO: Kegiatan ekstremis, pelajar di Timur Tengah diingat tidak terpengaruh
EXCO: Kegiatan ekstremis, pelajar di Timur Tengah diingat tidak terpengaruh

SHAH ALAM, 14 SEPT: Pelajar yang melanjutkan pengajian di Timur Tengah diingatkan tidak terpengaruh dengan gerakan fahaman songsang di luar negara, khususnya politik ekstremis.

EXCO Agama Dr Fahmi Ngah berkata pelajar mesti ingat tujuan ke sana selain segera berjumpa dengan kaunselor jika terdapat tekanan terhadap mereka untuk mengikuti kegiatan sedemikian

"Kerajaan Negeri menerima maklum balas daripada pelajar yang menyuarakan kebimbangan mengenai kegiatan tersebut ketika kunjungan ke negara Timur Tengah tahun lalu.

“Segera lapor jika ada tekanan. Kita juga telah sediakan beberapa ruang untuk mereka berjumpa dengan kaunselor yang ada di sana sekiranya ada berlaku.

“Mereka tidak perlu dibebankan dengan perkara demikian. Kita hantar belajar untuk tujuan belajar sahaja. Jadi pelajar harus berhati-hati dengan perkara itu,” katanya kepada pemberita.

[caption id="attachment_663237" align="aligncenter" width="700"] EXCO Agama Dr Fahmi Ngah menyampaikan sijil kepada wakil pelajar lelaki Muhammad Anas Fikri bin Mohamad Hanafi pada Majlis Penutup Kursus Persediaan Pelajar ke Luar Negara Jabatan Agama Islam Selangor 2024 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 14 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penutup Kursus Persediaan Pelajar Ke Luar Negara anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) 2024 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di sini, hari ini.

Program yang meraikan 81 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir, Jordon dan Maghribi itu turut dihadiri Pengarah Jais Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Dalam pada itu, Fahmi berkata Kerajaan Negeri melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka tawaran penajaan kepada pelajar yang menuntut di Timur Tengah pada setiap tahun.

Menurutnya, inisiatif itu bagi memastikan lebih ramai anak-anak Selangor menerima manfaat daripada hasil yang diperolehi Kerajaan Negeri serta kutipan zakat.

“Kerajaan negeri Selangor turut mempunyai beberapa perancangan jangka pendek dan panjang bagi memastikan kebajikan serta keperluan anak Selangor di luar negara sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Dalam majlis sama, seramai 54 pelajar persendirian Jais turut menerima insentif khas sebanyak RM2,000.

[caption id="attachment_663238" align="aligncenter" width="700"] EXCO Agama Dr Fahmi Ngah menyampaikan sijil kepada wakil pelajar perempuan Asma' Salsabiela Binti Mohd Tarmizi pada Majlis Penutup Kursus Persediaan Pelajar ke Luar Negara Jabatan Agama Islam Selangor 2024 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 14 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_663235" align="aligncenter" width="700"] Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti Majlis Penutup Kursus Persediaan Pelajar ke Luar Negara Jabatan Agama Islam Selangor 2024 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 14 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_663236" align="aligncenter" width="700"] Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti Majlis Penutup Kursus Persediaan Pelajar ke Luar Negara Jabatan Agama Islam Selangor 2024 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 14 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.