AGENSI

Dapatkan barangan dapur berkualiti pada harga murah di dua lokasi hari ini

13 Sep 2024, 12:00 AM
Dapatkan barangan dapur berkualiti pada harga murah di dua lokasi hari ini
Dapatkan barangan dapur berkualiti pada harga murah di dua lokasi hari ini

SHAH ALAM, 13 SEPT: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di dua tempat hari ini.

Bermula 9 pagi, orang ramai berpeluang membeli ayam serendah RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang berakhir 12 tengah hari itu turut menawarkan ikan kembung pada harga RM6 satu pek, minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Berikut dua lokasi jualan murah esok:

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh, tahun ini. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.