ad
AGENSI

Jaga kualiti jalan seluruh negeri, Infrasel tampal lebih 22,000 lubang

11 Sep 2024, 4:00 AM
Jaga kualiti jalan seluruh negeri, Infrasel tampal lebih 22,000 lubang
Jaga kualiti jalan seluruh negeri, Infrasel tampal lebih 22,000 lubang

SHAH ALAM, 11 SEPT: Syarikat penyelenggara jalan negeri, Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menampal sebanyak 22,418 jalan berlubang antara Januari hingga 31 Ogos tahun ini.

Infrasel memaklumkan sejumlah 246 aduan kerosakan jalan raya diterima dalam tempoh sama berbanding 156 aduan (2023), 194 aduan (2022) dan 105 aduan (2021).

Mengikut perkongsian data di Facebook, secara keseluruhan agensi itu telah menampal 114,736 jalan berlubang sejak 2021 hingga Ogos 2024.

Daerah Kuala Selangor mencatat 32,550 tampalan, diikuti Klang (17,137), Sabak Bernam (14,924), Petaling (14,327), Kuala Langat (13,302), Sepang (8,363), Hulu Langat (8,105), Gombak (4,308) dan Hulu Selangor (1,720).

“Infrasel kekal cemerlang menangani kerosakan jalan di Selangor. Infrasel melalui kerjasama dengan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor terus komited menjaga kualiti infrastruktur jalan raya negeri ini dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” ujarnya.

Infrasel turut menggalakkan orang ramai terus membuat aduan dengan memuat naik ciapan di X bersama hashtag #INFRASEL #NamaJalan #Daerah.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim sejumlah RM20 juta diperuntuk untuk melaksanakan Projek Turapan Mega. Kerja pembaikan melibatkan semua laluan termasuk jalan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kampung.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.