ad
ADN

Kerajaan Negeri salur RM1.03 juta bantuan tambang bas sekolah

8 Sep 2024, 3:00 AM
Kerajaan Negeri salur RM1.03 juta bantuan tambang bas sekolah

SHAH ALAM, 8 SEPT: Kerajaan Negeri memperuntuk RM1.03 juta bagi mengagihkan Subsidi Tambang Bas Sekolah kepada 99 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di serata daerah.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berkata menerusi subsidi itu seramai 3,246 pelajar menerima manfaat RM300 setiap seorang yang diagih melalui dua fasa.

Menurutnya, bagi fasa pertama seramai 334 pelajar SJKT menerima baucar subsidi berkenaan dengan peruntukan RM100,200 manakala bagi fasa kedua 3,092 pelajar (RM927,600).

“Peruntukan ini kebanyakannya diterima anak pekerja ladang daripada keluarga berpendapatan rendah yang biasanya bersekolah agak jauh daripada rumah mereka.

“Kita harap bantuan ini meringankan beban ibu bapa dan penjaga dalam membayar tambang bas sekolah anak sekali gus memelihara kebajikan pelajar,” katanya.

Terdahulu, Papparaidu menyampaikan bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah kepada pelajar di Pusat Konvensyen SJKT Sungai Renggam, Seksyen 18 di sini semalam.

Dalam perkembangan sama, Papparaidu berharap pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya menyalur bantuan itu dalam tempoh tiga hari kepada pelajar yang layak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.