Bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Putrajaya pada 31 Ogos meriah dengan kehadiran lebih 100,000 rakyat pelbagai bangsa.
Majlis diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jemaah menteri.
Perarakan Hari Kebangsaan dijayakan 17,262 peserta, 57 kontinjen, 22 pasukan pancaragam, 343 aset darat, 37 aset udara dan 112 haiwan dalam perkhidmatan.
Di Selangor, sambutan dimulakan dengan bacaan Yasin, doa selamat dan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 30 Ogos. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mencemar duli menghadirinya diiringi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.
Amirudin dan pimpinan negeri seterusnya bersama rakyat menanti detik 12 tengah malam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam untuk program Ambang Merdeka. Acara turut disulam program keagamaan iaitu Selawat, Munajat dan Tausiyah Perdana serta Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka.
Jurufoto FIKRI YUSOF, REMY ARIFIN, MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN dan ZULFADHLI ZAKI merakam sebahagian acara menarik dalam majlis berkenaan. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.
Dato' Menteri Besar menyampaikan cek cura kepada waris Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran pada 30 Ogos. Mohd Azrul terkorban ketika Op Daulat di Lahad Datu pada Mac 2013
[caption id="attachment_662274" align="aligncenter" width="812"]
DYMM Sultan Selangor diiringi Amirudin menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 30 Ogos[/caption]
[caption id="attachment_662273" align="aligncenter" width="776"]
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menyaksikan perarakan oleh kontinjen sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos[/caption]
[caption id="attachment_662272" align="aligncenter" width="742"]
Perdana menteri bersalaman dengan peserta yang menjayakan hari kemerdekaan bertemakan "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka" di Dataran Putrajaya[/caption]
[caption id="attachment_662281" align="aligncenter" width="761"]
EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin melawat seorang wanita baru bersalin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 31 Ogos. Seramai 22 bayi dilahirkan di HTAR pada Hari Kebangsaan[/caption]
[caption id="attachment_662280" align="aligncenter" width="791"]
Pertunjukan laser dengan paparan "Free Palestine" di bangunan Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 30 Ogos sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap nasib rakyat negara itu yang ditindas rejim Israel[/caption]
[caption id="attachment_662279" align="aligncenter" width="793"]
Pengunjung meraikan kemeriahan sambutan malam Ambang Merdeka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos dengan pertunjukan bunga api sambil mengibar Jalur Gemilang[/caption]
[caption id="attachment_662278" align="aligncenter" width="997"]
Peserta sambutan Ambang Merdeka terdiri daripada pelbagai peringkat usia gembira meraikan detik jam 12 tengah malam dengan mengibar Jalur Gemilang di Shah Alam pada 30 Ogos[/caption]
[caption id="attachment_662277" align="aligncenter" width="808"]
Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menghiburkan orang ramai di Dataran Kemerdekaan pada 30 Ogos dengan lagu Warisan[/caption]
[caption id="attachment_662276" align="aligncenter" width="887"]
Pendakwah bebas Zul Ramli Mohamad Ghazali menyampaikan tazkirah ketika program Selawat, Munajat dan Tausiyah Perdana sempena Hari Kebangsaan peringkat negeri pada 30 Ogos[/caption]
[caption id="attachment_662285" align="aligncenter" width="751"]
Usaha membendung rasuah didedikasikan dengan persembahan "Cuci Rasuah" ciptaan Pengarah Artistik dan Konsep Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Rosnan Nordin pada 31 Ogos[/caption]
[caption id="attachment_662284" align="aligncenter" width="761"]
Pertunjukan udara jet tempur F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia antara acara dipertontonkan kepada pengunjung sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya[/caption]
[caption id="attachment_662283" align="aligncenter" width="755"]
Aksi berbahaya menyembur api dari mulut antara persembahan khas oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Putrajaya pada 31 Ogos[/caption]
[caption id="attachment_662282" align="aligncenter" width="758"]
Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos[/caption]


