ad
BERITA UTAMA

Negeri hasrat bina 41,000 unit Rumah Idaman hingga 2028

6 Sep 2024, 2:00 PM
Negeri hasrat bina 41,000 unit Rumah Idaman hingga 2028
Negeri hasrat bina 41,000 unit Rumah Idaman hingga 2028

SHAH ALAM, 6 SEPT: Kira-kira 41,000 unit Rumah Idaman dibina secara berperingkat sehingga 2028 untuk membantu rakyat Selangor memiliki kediaman mampu milik dan selesa.

Setiap unit rumah dilengkapi perabot, televisyen, peti sejuk, kabinet dapur, almari, pemanas air dan pendingin hawa.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata projek tersebut dibangunkan di kawasan strategik dan berpotensi sekali gus meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat,.

“Jumlah itu kita sasar sehingga 2028. Setakat ini secara keseluruhannya sudah ada kira-kira 4,000 unit menerusi kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Gagasan Nadi Cergas Berhad,” katanya.

[caption id="attachment_661963" align="alignnone" width="939"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama EXCO Perumahan Borhan Aman Shah melakukan majlis pecah tanah dan pelancaran Rumah Idaman Aman di Elmina 4, Bandar Elmina pada 6 SEPTEMBER 2024. Projek rumah itu dibangunkan menerusi kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Gagasan Nadi Cergas Berhad. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Ditemui selepas menyempurnakan perasmian pecah tanah projek Rumah Idaman Amani di Bandar Elmina di sini, Amirudin berkata ia adalah projek usahasama ketiga Kumpulan PNSB bersama Gagasan Nadi Cergas Berhad bagi pembangunan Rumah Idaman.

“Selepas pelancaran Rumah Idaman Bukit Jelutong melibatkan 1,260 unit rumah dan Idaman Kwasa Damansara Fasa Satu kira-kira 1,800 dan hari ini 1,063 Idaman Amani di Bandar Elmina,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Kumpulan Gagasan Nadi Cergas Berhad, Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah berkata pihaknya beriltizam untuk terus menyokong dan memenuhi aspirasi dan sasaran Kerajaan Negeri.

“Projek Idaman Bukit Jelutong berjumlah 1,260 unit pembinaannya kini telah mencapai hampir 70 peratus dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun depan,” katanya.

Projek Rumah Idaman Amani merangkumi 1,063 unit pangsapuri mampu milik separa berperabot, bakal dibina di Bandar Elmina.

Dijangka siap menjelang 2028, projek Rumah Idaman Amani dibangunkan Gagasan Nadi Cergas Berhad dengan kerjasama PNSB melalui anak syarikatnya PNSB Construction Sdn Bhd (PCSB).

Projek Rumah Idaman Amani dibangunkan di atas tapak seluas 8.9 ekar dan menawarkan unit tiga bilik tidur separa berperabot dengan ruang binaan 1,000 dan 1,120 kaki persegi bermula dengan harga dari RM250,000 seunit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.