ad
BERITA UTAMA

2,700 usahawan disasar terima manfaat program Selangor 1000 Digital

5 Sep 2024, 9:00 AM
2,700 usahawan disasar terima manfaat program Selangor 1000 Digital
2,700 usahawan disasar terima manfaat program Selangor 1000 Digital
2,700 usahawan disasar terima manfaat program Selangor 1000 Digital
2,700 usahawan disasar terima manfaat program Selangor 1000 Digital
2,700 usahawan disasar terima manfaat program Selangor 1000 Digital

HULU LANGAT, 5 SEPT: Hampir 2,700 usahawan disasar menerima manfaat program Selangor 1000 Digital yang akan menjelajah kesembilan daerah sehingga tahun depan.

EXCO keusahawanan berkata setakat ini program sudah dilaksana di daerah Petaling, Sabak Bernam, Sepang dan terbaharu di Hulu Langat sebelum berakhir di Gombak tahun ini.

Mohd Najwan Halimi menambah setakat ini lebih 1,000 usahawan sudah menyertai program yang membantu memperluas transformasi digital dalam perniagaan.

[caption id="attachment_661834" align="alignnone" width="773"] EXCO Keusahawan Mohd Najwan Halimi berucap ketika Majlis Perasmian Program Selangor 1000 Digital bagi Siri 4 Hulu Langat di Dewan Seri Chempaka, Hulu Langat pada 5 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Tahun depan kita akan diteruskan ke empat lagi daerah (Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Klang).

“Pengisian program ini memberi pendedahan kepada peserta bagaimana mereka boleh manfaatkan teknologi atau pendigitalan untuk membawa perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Ditemui pada majlis perasmian program tersebut bagi daerah Hulu Langat hari ini, Mohd Najwan berkata Selangor 1000 Digital turut membantu mengenalpasti usahawan yang berpotensi untuk diketengahkan.

[caption id="attachment_661832" align="aligncenter" width="782"] EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi (tengah) melawat reruai selepas Majlis Perasmian Program Selangor 1000 Digital bagi Siri 4 Hulu Langat di Dewan Seri Chempaka, Hulu Langat pada 5 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita akan mengenalpasti usahawan yang menunjukkan perkembangan positif selepas menyertai program ini dan akan bantu mereka dalam program pemberdayaan atau latihan lain ditawarkan negeri.

“Mereka mungkin boleh dilibatkan dalam latihan pengeksportan barangan atau aspek pembungkusan produk,” katanya.

[caption id="attachment_661830" align="aligncenter" width="814"] EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi (tengah) melawat reruai selepas Majlis Perasmian Program Selangor 1000 Digital bagi Siri 4 Hulu Langat di Dewan Seri Chempaka, Hulu Langat pada 5 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mei lalu, Kerajaan Negeri memperkenalkan program Selangor 1000 Digital memperluaskan transformasi digital dalam kalangan usahawan tempatan.

Selain Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, program itu turut berkolaborasi dengan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (Upen) dan Platform Selangor (PLATS).

[caption id="attachment_661829" align="aligncenter" width="812"] Kakitangan tiktok me bantu orang ramai selepas Majlis Perasmian Program Selangor 1000 Digital bagi Siri 4 Hulu Langat di Dewan Seri Chempaka, Hulu Langat pada 5 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.