BERITA UTAMA

Setahun pentadbiran negeri, tambah insentif, perkenal perkhidmatan baharu

29 Ogos 2024, 2:06 AM
Setahun pentadbiran negeri, tambah insentif, perkenal perkhidmatan baharu
Setahun pentadbiran negeri, tambah insentif, perkenal perkhidmatan baharu
Setahun pentadbiran negeri, tambah insentif, perkenal perkhidmatan baharu
Setahun pentadbiran negeri, tambah insentif, perkenal perkhidmatan baharu
Setahun pentadbiran negeri, tambah insentif, perkenal perkhidmatan baharu

Setahun selepas pilihan raya enam negeri pada Ogos tahun lepas, Selangor terus melangkah cemerlang.

Dipimpin Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari untuk penggal kedua, Kerajaan Negeri yang dibarisi EXCO dari Pakatan Harapan dan Barisan Nasional terus mengekalkan kestabilan negeri.

Dalam tempoh 12 bulan, sebahagian besar janji untuk membela rakyat berpendapatan rendah, pelajar, pentadbir masjid, ibu bekerja dan mahasiswa ditunaikan secara berperingkat.

Program Jualan Ehsan Rakyat yang memanfaatkan lima juta penduduk diteruskan. Jenis produk ditambah manakala lokasi jualan ditingkat kepada 1,800 lokasi. Mereka menikmati pembelian barangan dapur yang subsidinya ditampung Kerajaan Selangor melalui peruntukan RM18.1 juta.

Misi meningkatkan taraf hidup rakyat juga diperkasa. Julai lalu, Kerajaan Negeri melonggar syarat kelayakan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), daripada isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 kepada RM5,000 sebulan.

Langkah berkenaan supaya lebih ramai mendapat manfaat RM300 sebulan melalui peruntukan RM108 juta sekali gus BINGKAS antara program bantuan kewangan terbesar berbanding negeri lain.

Pengecualian cukai taksiran 426,656 unit kediaman kos rendah dan rumah kampung pula melegakan rakyat berpendapatan bawah RM5,000 sebulan melalui kaedah permohonan. Ia membabitkan kesan kewangan RM29.4 juta.

Demi membina generasi berilmu, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) ditambah baik termasuk membangunkan aplikasi dalam talian bagi memudahkan pelajar mengakses bahan pembelajaran. Program itu disertai lebih 230 sekolah hasil peruntukan RM10 juta termasuk membiayai kos makan tengah hari pelajar.

Inisiatif lain yang mendapat tumpuan antaranya perkhidmatan van transit atas permintaan (Demand-Responsive Transit) atau DRT. Usaha itu membantu mencapai sasaran 60 peratus penggunaan pengangkutan awam berbanding 40 peratus kenderaan persendirian.

Pertama kali diperkenal di negara ini, DRT meningkatkan capaian pengguna kepada pengangkutan awam. Setakat Jun, kira-kira 54,000 orang menggunakannya. Perkhidmatan itu melengkapkan kemudahan di laluan sempit yang tidak dilalui Bas Smart Selangor.

[caption id="attachment_613745" align="aligncenter" width="863"] Wakil 46 sekolah dalam daerah Petaling mendapatkan modul Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di SMK Seksyen 18 Shah Alam pada 21 Julai 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

 

Perindah Islam

 

Aspek keagamaan juga tidak ketinggalan. Insentif untuk umat Islam yang menunaikan haji naik daripada RM500 kepada RM1,000. Bilangan penerima Insentif Haji Muassasah juga bertambah daripada 1,000 kepada 3,000 jemaah melalui peruntukan RM6 juta.

Selain wang tunai, mereka juga menerima kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

Dianjur buat kali kedua antara 26 Mei hingga 2 Jun, Festival Turath Islami Selangor dihadiri lebih 100,000 pengunjung. Kerajaan Negeri juga memperkenal Akademi Pengajian Turath bagi memastikan pendidikan dalam kitab warisan Islam berterusan.

“Kita tidak mahu program turath ini menjadi program sekali lalu (touch and go) atau hanya dibuat tahunan, justeru Kerajaan Selangor berhasrat menjadikan pendidikan turath secara berterusan,” kata Amirudin pada 22 Mei.

[caption id="attachment_645609" align="aligncenter" width="949"] Kira-kira 2,000 jemaah memenuhi ruang solat utama Masjid Negeri di Shah Alam bagi menyertai Maulid Syarabut dan Qasidah serta Tausiyah Perdana sempena Festival Turath Islami Selangor pada 31 Mei 2024. FOTO HAFIZ OTHMAN.[/caption]

Selain itu, program Darul Ehsan Berselawat yang menghimpunkan sekitar 10,000 umat Islam pula bakal diperluas ke seluruh daerah tahun ini demi menyuburkan kerancakan ibadah.

“Saya juga rasa bersemangat untuk meneruskan acara seperti ini. Terima kasih kepada saudara Amirudin yang mencetus gegaran dari Selangor melalui selawat ini,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyertai acara berkenaan pada 29 Julai 2023.

Kerja keras ini tentu hasil gandingan EXCO muka lama dan baharu demi membela segenap lapisan rakyat tanpa mengira kaum atau kecenderungan politik. Kesungguhan sedemikian membawa kepada kejayaan manifesto termasuk lima janji penting dalam tempoh 100 hari selepas pembentukan Kerajaan Negeri.

[caption id="attachment_595722" align="aligncenter" width="890"] Orang ramai mengalunkan bacaan qasidah diketuai Ustaz Neezam Albanjari pada majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 yang berlangsung di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam pada 29 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]