ad
EXCO

Raja Muda rai bulan kemerdekaan bersama penjawat awam di Klang esok

28 Ogos 2024, 10:00 AM
Raja Muda rai bulan kemerdekaan bersama penjawat awam di Klang esok
Raja Muda rai bulan kemerdekaan bersama penjawat awam di Klang esok

KLANG, 28 OGOS: Gagasan Rumpun Selangor daerah Klang yang bermula hari ini selama tiga hari bakal mendekati rakyat dengan pelbagai program.

EXCO perpaduan berkata selain lawatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor ke beberapa lokasi, program juga diserikan dengan sambutan kemerdekaan bersama penjawat awam di Dewan Hamzah Majlid Bandaraya Diraja Klang, malam esok.

“Program bermula pagi tadi berjalan lancar dan dapat sambutan dari rakyat. Tengku Amir Shah menaiki komuter dari Seksyen 19 ke Klang dan bersantap bersama rakyat.

“Baginda menaiki skuter elektrik serta bas pelancongan dua tingkat Hop-On Hop-Off (HOHO) dan ke pejabat tanah dan daerah untuk mendengar taklimat pembangunan. Malam ini ke pasar malam di Jambatan Kota Lama.

“Esok pagi kita ke Pulau Ketam. Kali ini sambutan berbeza kerana dibuat pada bulan kemerdekaan. Jadi malam esok kita akan buat sambutan kemerdekaan bersama penjawat awam selepas majlis makan malam,” kata Datuk Rizam Ismail.

Beliau berkata program akan diteruskan ke Sabak Bernam pada Disember sebelum penutup program berlangsung di Gombak.

Menerusi belanjawan tahun ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan program berkenaan bakal diadakan di sembilan daerah membabitkan peruntukan RM4.5 juta.

Setakat ini, program berkenaan sudah berlangsung di Hulu Selangor, Hulu Langat,  Sepang, Petaling, Kuala Selangor dan Kuala Langat dan selepas ini Gombak manakala penutup di Sabak Bernam.

[caption id="attachment_660447" align="alignnone" width="696"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) hadir pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Klang 2024 di Stesen KTM Klang pada 28 OGOS 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.