Masjid Jamek Cina Muslim Klang berkeluasan 2.98 ekar di Bandar Botanik, Klang yang boleh menampung sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa dibuka kepada umat Islam mulai Khamis lalu.
Satu-satunya berciri seni bina Cina di Selangor, masjid itu mempunyai menara unik selain dilengkapi dewan solat berbumbung jubin tradisional Cina manakala kaligrafi Cina menghiasi ruang mihrab.
Masjid terdiri bangunan empat tingkat bernilai RM30 juta itu menyediakan pelbagai kemudahan antaranya perpustakaan, bilik kuliah, bilik persinggahan, kedai cenderamata dan restoran.
Kerajaan Selangor, Persatuan Cina Muslim Malaysia membiayai pembinaannya selain sumbangan orang ramai selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memberi perkenan pada Mei 2019.
Jurufoto Media Selangor Harun Tajudin merakam keunikan dan suasana masjid tersebut pada hari pertama pembukaannya untuk solat Maghrib pada 22 Ogos dan solat Jumaat sulung keesokannya.
[caption id="attachment_660046" align="alignnone" width="835"]
Suasana Masjid Jamek Cina Muslim Klang ketika tinjauan semasa solat Maghrib pertama selepas pembukaannya pada 22 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_660045" align="alignnone" width="832"]
Pengunjung berjalan menuju ke Masjid Jamek Cina Muslim Klang pada 22 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_660044" align="alignnone" width="799"]
Jemaah mengambil wuduk untuk solat Maghrib di Masjid Jamek Cina Muslim Klang pada 22 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_660048" align="alignnone" width="883"]
Jemaah menunggu untuk menunaikan solat Maghrib pertama selepas pembukaan Masjid Jamek CIna Muslim Klang pada 22 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_660050" align="alignnone" width="797"]
Suasana Masjid Jamek Cina Muslim Klang ketika tinjauan semasa solat Maghrib pertama selepas pembukaannya pada 22 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_660057" align="alignnone" width="772"]
Keunikan hiasan dalaman Masjid Jamek Cina Muslim Klang ketika tinjauan pada 23 Ogos 2024 Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_660058" align="alignnone" width="860"]
Khutbah Jumaat pertama disampaikan oleh Ustaz Ahmad Mujahid di Masjid Jamek Cina Muslim Klang pada 23 Ogos 2024 Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_660047" align="alignnone" width="767"]
Kira-kira 800 jemaah mendirikan solat Jumaat pertama selepas pembukaan Masjid Jamek Cina Klang pada 23 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_660043" align="alignnone" width="806"]
Pemandangan atas Masjid Jamek Cina Muslim Klang mengunakan dron pada 23 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]


