BERITA UTAMA

Sultan Ibrahim rai tetamu negara luar, cemar duli dekati rakyat jelata

21 Jul 2024, 2:00 AM

Setelah melafaz sumpah jawatan pada 31 Januari, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim terus menjalankan tugas sebagai ketua negara bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dalam tradisi Raja Berperlembagaan, Baginda berperanan dalam menjayakan pentadbiran negara melalui tiga cabang pemerintahan: eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Selain majlis rasmi, Baginda berkenan melawat kementerian, mencemar duli melawat negeri, menerima ketua negara asing dan beramah mesra dengan rakyat dalam pelbagai majlis.

Sebagai ketua agama Islam persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkenan menganugerah tokoh Maal Hijrah tahun ini, yang disampaikan kepada pemimpin Kesatuan Ulama Sedunia.

Selain foto Bernama, Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merakamkan sebahagian kegiatan Baginda hingga Julai. Pilihan foto dan keterangan disediakan oleh NADIAH ZAMLUS.

[caption id="attachment_653317" align="aligncenter" width="1030"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan Surat Perisytiharan Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 kepada Sultan Ibrahim di Istana Negara pada 31 Januari[/caption]

[caption id="attachment_653301" align="aligncenter" width="1045"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berbual dengan Yang di-Pertuan Agong ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara pada 21 Februari[/caption]

[caption id="attachment_653300" align="aligncenter" width="968"] Agong bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Kuala Lumpur pada 26 Februari. Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut berangkat pada istiadat berkenaan[/caption]

[caption id="attachment_653316" align="aligncenter" width="1095"] Sultan Ibrahim berkenan berbuka puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dua timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof di Istana Negara pada 18 Mac[/caption]

[caption id="attachment_653299" align="aligncenter" width="976"] Diiring Menteri Pertahanan Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Sultan Ibrahim sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia melawat Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur pada 26 Mac[/caption]

[caption id="attachment_653307" align="aligncenter" width="1129"] Yang di-Pertuan Agong memeriksa perbarisan kawalan kehormatan di Istana Singapura ketika lawatan sulung ke luar negara pada 6 Mei. Baginda diiring Presiden Tharman Shanmugaratnam[/caption]

[caption id="attachment_653314" align="aligncenter" width="1093"] Penjawat awam gembira menyambut keberangkatan tiba Baginda pada rumah terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 8 Mei. Lebih 5,000 tetamu hadir pada majlis tersebut[/caption]

[caption id="attachment_653311" align="aligncenter" width="1120"] Agong dipersembahkan hibrid orkid baharu pada Hari Landskap di Shah Alam pada 25 Mei. Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempa-tan Nga Kor Ming dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari[/caption]

[caption id="attachment_653315" align="aligncenter" width="1119"] Yang di-Pertuan Agong menyapa jemaah haji di Pusat Konvensyen Hotel Movenpick, Sepang sebelum mereka berlepas ke tanah suci pada 26 Mei. Turut menemani, anakanda Baginda, Tunku Tun Aminah[/caption]

[caption id="attachment_653312" align="aligncenter" width="989"] Ribuan menyambut keberangkatan Sultan Ibrahim di Bandar Hilir, Melaka ketika Majlis Jamuan Teh bersama Rakyat pada 14 Jun. Esoknya, Baginda merasmikan Aset Automotif Klasik Keluarga Diraja Johor[/caption]

[caption id="attachment_653304" align="aligncenter" width="1110"] Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri China Li Qiang di Istana Negara pada 19 Jun. Lawatan itu bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomasi Malaysia – China[/caption]

[caption id="attachment_653302" align="aligncenter" width="1069"] Sultan Ibrahim menzahirkan kata-kata semangat kepada kontinjen negara ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 di Istana Negara pada 2 Julai. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh[/caption]

[caption id="attachment_653303" align="aligncenter" width="986"] Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyidddin Ali Al-Qaradaghi dari Qatar menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa daripada Agong di Putrajaya pada 7 Julai[/caption]

[caption id="attachment_653309" align="aligncenter" width="1114"] Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara pada 9 Julai. Perwakilan itu termasuklah dari Republik Kenya, Bahrain dan Republik Guinea[/caption]

[caption id="attachment_653313" align="aligncenter" width="985"] Sultan Ibrahim bersama 14 penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong di lstana Negara pada 17 Julai. Sejak 2006, bantuan itu menaja 212 pelajar pelbagai bidang pengajian[/caption]