AGENDA

Wanita dilaporkan hilang sejak 10 Julai ditemukan mati dipercayai dibunuh

15 Jul 2024, 1:48 PM
Wanita dilaporkan hilang sejak 10 Julai ditemukan mati dipercayai dibunuh

KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Pekerja sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan Rabu lalu ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang tadi.

Beliau berkata polis telah menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun susulan kejadian itu.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir sebelum ini memaklumkan laporan kehilangan wanita dikenali sebagai Nur Farah Kartini Abdullah dibuat rakan serumahnya pada 1.56 pagi, Khamis lalu.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak dan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.