BERITA UTAMA

Selangor peruntuk RM706,305 untuk insentif pertanian, manfaat 65 penerima

13 Jul 2024, 11:10 AM
Selangor peruntuk RM706,305 untuk insentif pertanian, manfaat 65 penerima
Selangor peruntuk RM706,305 untuk insentif pertanian, manfaat 65 penerima
Selangor peruntuk RM706,305 untuk insentif pertanian, manfaat 65 penerima
Selangor peruntuk RM706,305 untuk insentif pertanian, manfaat 65 penerima
Selangor peruntuk RM706,305 untuk insentif pertanian, manfaat 65 penerima
Selangor peruntuk RM706,305 untuk insentif pertanian, manfaat 65 penerima
Selangor peruntuk RM706,305 untuk insentif pertanian, manfaat 65 penerima

KUALA LANGAT, 13 JUL: Sejumlah RM706,305 dana diperuntuk Kerajaan Negeri menerusi Insentif Pertanian yang memanfaatkan 65 penerima.

Majlis penyerahan insentif meliputi pelbagai projek pembangunan itu disempurnakan EXCO Perumahan Borhan Aman Shah sempena Karnival Agrogreen dan Hari Rendah Karbon@Kuala Langat di Dataran Pantai Batu Laut di sini, hari ini.

Insentif terlibat termasuk projek pembangunan tanaman kontan, tanaman buah-buahan, sayuran dan teknologi fertigasi.

[caption id="attachment_652152" align="aligncenter" width="1093"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah berucap pada majlis Perasmian AgroGreen dan Hari Rendah Karbon di Dataran Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 13 Julai 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Selain itu, projek pembangunan tanaman ternakan, geran pemadanan peningkatan kapasiti dan pembangunan produk hiliran pertanian (IAT) merangkumi naik taraf premis, penjenamaan serta pembungkusan.

Sementara itu, peniaga makanan sejuk beku Hassmira Che Omar, 36 berkata insentif RM20,000 bagi penjenamaan dan pembungkusan diterima akan dimanfaatkan untuk meluaskan pasaran produknya.

“Ini beri saya peluang untuk tambah baik daripada segi pembungkusan kerana untuk memasuki pasar raya besar pembungkusan juga penting.

[caption id="attachment_652159" align="alignleft" width="500"] Hassmira Che Omar, 36, . Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Ketika ini jualan sudah berkembang ke kedai jualan di beberapa stesen minyak Petronas dan diharap dengan insentif ini cita-cita untuk lihat produk saya di pasaran lebih luas tercapai,” katanya.

Terdahulu Borhan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjong Sepat turut merasmikan Karnival Agrogreen dan Hari Rendah Karbon@Kuala Langat yang berlangsung dua hari sehingga esok.

Pelbagai pengisian termasuk pameran pertanian, taklimat asas tani dan landskap, inisiatif keterjaminan makanan serta aktiviti berteraskan inisiatif rendah karbon dianjurkan.

Turut dianjurkan aktiviti pembersihan pantai, berkelah@bandar, jualan barangan pertanian serta ‘petting zoo’.

[caption id="attachment_652157" align="aligncenter" width="1246"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah bersiaran langsung bersama radio Selangor. fm pada majlis Perasmian AgroGreen dan Hari Rendah Karbon di Dataran Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 13 Julai 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_652154" align="aligncenter" width="1140"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah menyampaikan sijil myGap kepada penerima pada majlis Perasmian AgroGreen dan Hari Rendah Karbon di Dataran Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 13 Julai 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_652155" align="aligncenter" width="1143"] Pengunjung memilih anak pokok di gerai pameran Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Selangor pada majlis Perasmian AgroGreen dan Hari Rendah Karbon di Dataran Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 13 Julai 2024. Terdapat pelbagai jenis anak pokok yang dijual seperti durian, ciku, mangga, pulasan, limau, cempedak, dan durian belanda. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_652156" align="aligncenter" width="1212"] Kanak-kanak menangkap ikan gapi di gerai pameran Jabatan Perikanan Malaysia pada majlis Perasmian AgroGreen dan Hari Rendah Karbon di Dataran Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 13 Julai 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]