ad
AGENDA

Dua mayat wanita ditemukan dalam kereta, dipercayai meninggal dunia lebih lima hari

11 Jul 2024, 1:18 AM
Dua mayat wanita ditemukan dalam kereta, dipercayai meninggal dunia lebih lima hari

BUKIT MERTAJAM, 11 JULAI: Dua mayat wanita ditemukan dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai, di sini semalam.

Insiden kira-kira jam 5.30 petang itu disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan meminta bantuan membuka pintu kereta terkunci.

"Pasukan penyelamat yang lengkap dengan pakaian PPE (pakaian perlindungan diri) membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas.

"Terdapat dua mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta berkenaan dan diserahkan kepada polis," katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

Difahamkan, dua wanita dipercayai berusia lingkungan 20-an itu berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih lima hari namun identiti kedua-duanya belum dapat disahkan buat masa ini.

Mayat kedua-dua wanita itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.