ad
AGENDA

Negeri anjur hari terbuka, beri ruang rakyat fahami matlamat RS-1 dengan jelas

4 Jul 2024, 9:08 AM
Negeri anjur hari terbuka, beri ruang rakyat fahami matlamat RS-1 dengan jelas
Negeri anjur hari terbuka, beri ruang rakyat fahami matlamat RS-1 dengan jelas

SHAH ALAM, 4 JULAI: Kerajaan Negeri menganjurkan Hari Terbuka Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di lobi Dewan Annex untuk memberi ruang pada rakyat memahami pelan pembangunan itu dengan jelas.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pameran dibuka jam 9 pagi hingga 4.30 petang, bermula hari ini hingga 18 Julai.

Menurut beliau, program itu juga bertujuan mendekatkan hubungan rakyat bersama kerajaan melalui Ahli Dewan Negeri (ADN) dan pegawai daerah.

“Melalui pameran ini rakyat dapat memahami hasrat negeri dengan jelas mengenai matlamat RS-1 yang ingin dicapai pada ‘dashboard’ yang disediakan.

[caption id="attachment_650690" align="alignleft" width="500"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari merasmikan Hari Terbuka Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Bangunan Annex, Shah Alam pada 4 Julai 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya minta semua pihak yang terlibat untuk pameran ini mengekalkan ‘dashboard’ yang diletakkan lobi Annex sepanjang sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan hari terbuka itu di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Antara pempamer terlibat ialah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, unit Cawangan Pengurusan Strategik (SIAP) dan pricewaterCoopers (PWC).

Pelan replika pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam turut dipamerkan kepada pengunjung hari terbuka berkenaan.

Pada majlis itu, Amirudin turut menyempurnakan Sesi Perasmian Buku Kajian Separuh Penggal RS-1 yang dihasilkan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.