SHAH ALAM, 25 JUN: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas murah menerusiJualan Ehsan Rahmah (JER) di empat lokasi esok.
Bermula 10 pagi, jualan murah dijadual berlangsung di pekarangan Masjid Ar-Rahmani, Kampung Permatang (Permatang) dan Kampung Bukit Cherakah (Ijok).
Jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bandar Baru Klang (Bandar Baru Klang) dan Parit 4 Timur, Sungai Besar (Sabak)
Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.
Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.
Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


