AGENDA

Nenek, cucu dikhuatiri sesat ketika ke kebun durian

17 Jun 2024, 12:16 AM
Nenek, cucu dikhuatiri sesat ketika ke kebun durian

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Wanita warga emas bersama cucu perempuan berusia 12 tahun dikhuatiri sesat ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu, Selangor, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.12 petang dan lapan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat diteruskan hingga 7.20 malam sebelum ditangguhkan kerana faktor gelap dan keadaan cuaca (hujan) di lokasi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini.

Wanita berkenaan sebelum itu menghubungi anaknya pada 12 tengah hari yang memaklumkan dia sesat.

Susulan itu, anak sulungnya membuat laporan polis 3 petang semalam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.