ad
AGENDA

Penganjuran kejohanan golf rancakkan lagi pelancongan sukan negeri

16 Jun 2024, 2:00 AM
Penganjuran kejohanan golf rancakkan lagi pelancongan sukan negeri
Penganjuran kejohanan golf rancakkan lagi pelancongan sukan negeri
Penganjuran kejohanan golf rancakkan lagi pelancongan sukan negeri
Penganjuran kejohanan golf rancakkan lagi pelancongan sukan negeri

PETALING JAYA, 16 JUN: Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor yang berlangsung minggu ini dan PKNS Selangor Masters minggu depan merancakkan lagi pelancongan sukan negeri.

EXCO sukan berkata menerusi kedua-dua kejohanan berkenaan, Selangor akan lebih dikenali seterusnya menarik penggiat sukan golf dari seluruh pelosok datang ke negeri ini.

[caption id="attachment_648044" align="aligncenter" width="809"] EXCO Sukan Najwan Halimi bercakap kepada media selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor 2024 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 15 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Ini juga jadi sebahagian usaha negeri untuk sokong pembangunan golf malah Selangor juga merupakan antara negeri peneraju sukan ini.

“Kita akan pastikan kejohanan ini terus jadi acara tahunan bagi melonjakkan lagi segmen pelancongan sukan. Dengan sokongan ramai, kita akan pastikan Selangor jadi pilihan penganjur (golf),” katanya Najwan Halimi.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor di Kelab Golf Seri Selangor di sini, semalam.

[caption id="attachment_648042" align="aligncenter" width="809"] Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim (dua, kanan) dan EXCO Sukan Najwan Halimi (dua,kiri) bersama juara Individu lelaki dan wanita ketika majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor 2024 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 15 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Untuk tahun ini, pasukan lelaki China dan wanita Korea Selatan diumum sebagai juara berkumpulan manakala kategori individu lelaki dimenangi Shijun Jing (China) dan wanita Byun Jiyool (Korea Selatan).

Juara kategori individu lelaki berpeluang menyertai PKNS Selangor Masters dari 19 hingga 22 Jun di venue sama yang menjadi medan penting untuk pemain golf muda menimba pengalaman bersaing dalam kejohanan profesional.

Membuka tirai sejak Khamis, kejohanan remaja itu melibatkan 123 pemain muda berusia 12 hingga 18 tahun dari 12 negara antaranya India, Filipina, Thailand, Indonesia, Australia, Bangladesh, Taiwan dan Emiriah Arab Bersatu.

[caption id="attachment_648041" align="aligncenter" width="809"] Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim (dua, kanan) dan EXCO Sukan Najwan Halimi (dua,kiri) bersama juara pasukan wanita Korea Selatan ketika majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor 2024 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 15 Jun 2024.. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.