SABAK BERNAM, 10 JUN: Program Gagasan Rumpun Selangor diteruskan ke daerah Petaling pada 19 hingga 21 Jun ini, kata EXCO perpaduan.
Datuk Rizam Ismail berkata program yang memasuki edisi keempat menampilkan sedikit kelainan bagi memenuhi keperluan penduduk bandar.
[caption id="attachment_647112" align="aligncenter" width="742"] EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail bercakap kepada media selepas merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Negeri Selangor di Dewan Seri Nakhoda Bagan Nakhkoda Omar, Sabak Bernam pada 9 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]
"Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah akan mencemar duli ke setiap program untuk bertemu masyarakat.
"Kali ini sedikit berbeza, pengisian program berasaskan kebudayaan selain terdapat juga reruai disediakan untuk berkongsi maklumat antaranya berkaitan bantuan dan peluang kerja," katanya ditemui pada sambutan Minggu Perpaduan 2024 peringkat Selangor di Dewan Seri Nakhoda di sini, semalam.
[caption id="attachment_639655" align="aligncenter" width="799"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berswafoto dan beramah mesra bersama kanak-kanak ketika Jamuan Aidilfitri Rumpun Selangor pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di IKBN Dusun Tua, Hulu Langat pada 25 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]
Dato’ Menteri Besar ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperkenalkan Gagasan Rumpun Selangor bagi meraikan kepelbagaian dan menyemarak semangat perpaduan di negeri ini.
Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan program berkenaan bakal diadakan di sembilan daerah membabitkan peruntukan RM4.5 juta.
Setakat ini, program berkenaan sudah berlangsung di daerah Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang dan akan menjelajah ke lima lagi daerah selepas Petaling hingga hujung tahun ini.
[caption id="attachment_639552" align="aligncenter" width="812"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melakukan aktiviti menaiki ATV pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Batangsi, Kajang pada 25 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]