BUDAYA

Mencari Kata Yang Hilang

25 Mei 2024, 12:45 AM
Mencari Kata Yang Hilang

 

Kata-Mu melimpah

di atas jalan dan

sebelum sempat

dehidrasi matahari

kereta dan motor

berlumba-lumba

memacu nafsu; momentum

bergerak dengan laju

mendengus bagai babi hutan

Kata-kata yang berserakan

digiling.dirempuh.dilanggar

seperti sengsara merempuh

kanak-kanak merangkak

di jalan dewasa

aku selak aspal tetapi

yang tinggal hanya cengkerang

siput yang berderai menjadi

kelemumur di kepala

rambut gugur

bergumpal dan kata-Mu

adalah tompok jalan;

cuba menampal lohong

jalan tapi halus rambut

gumpalnya tidak seberat

kata-Mu yang turun.

 

Akmal Arsat

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.