ad
AGENDA

Kumpulan nasyid terkenal Syria, Indonesia meriahi festival turath

22 Mei 2024, 7:00 AM
Kumpulan nasyid terkenal Syria, Indonesia meriahi festival turath
Kumpulan nasyid terkenal Syria, Indonesia meriahi festival turath

SHAH ALAM, 22 MEI: Kumpulan nasyid terkenal dari Syria Abu Shaar Bro dan Majelis Azzahir dari Indonesia pertama kali ditampilkan bagi memeriahkan lagi Festival Turath Islami Selangor.

Pengarah Sekretariatnya Farhan Affandi memberitahu Abu Shaar Bro yang kerap mengadakan persembahan serata dunia bakal membawakan lagu nasyid kontemporari terkenal di Tanah Arab.

“Kali ini mereka dibawakan khusus untuk santapan rohaniah pengunjung festival pada 1 Jun bermula jam 8 malam di Dataran Karnival Stadium Shah Alam.

"Pada 2 Jun di lokasi dan jam sama pula, kita enakkan halwa telinga dengan program Darul Ehsan Berselawat & Maulid Akbar,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_632889" align="alignleft" width="500"] Farhan Affandi[/caption]

Farhan menambah Kumpulan Majelis Azzahir dari Pekalongan, Indonesia yang dipimpin Habib Ali Zainal Abidin Assegaf pula amat terkenal dan kerap kali menarik puluhan ribu penonton.

Beliau berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menonton persembahan secara langsung kedua-dua acara menarik berkenaan.

“Kita mengharapkan dendangan pelbagai qasidah yang mengagungkan Allah SWT, selawat puji-pujian kepada baginda Rasulullah SAW akan menambah keberkatan festival kali ini,” katanya.

Festival Turath Islami Selangor kali kedua mulai 26 Mei hingga 2 Jun menampilkan lebih 20 ulama terkenal, tokoh agamawan dan akademik dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Maklumat lanjut boleh dicapai melalui laman web www.turathislamiselangor.com atau Facebook Festival Turath Islami Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.