AGENSI

Kampung Labu Lanjut antara empat lokasi jualan barang dapur murah esok

21 Apr 2024, 10:00 AM
Kampung Labu Lanjut antara empat lokasi jualan barang dapur murah esok
Kampung Labu Lanjut antara empat lokasi jualan barang dapur murah esok

SHAH ALAM, 21 APRIL: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dijadual berlangsung di empat lokasi esok.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan Dewan Serbaguna MBPJ PJS 6/1, Kampung Lindungan (Seri Setia), Jalan Wangsa 2/5, Taman Wangsa Permai (Bukit Lanjan), Masjid Asy-Syakirin, Kampung Labu Lanjut (Dengkil) dan Dewan MBSA Sungai Gapis, Seksyen 27 (Kota Kemuning).

Inisiatif jualan murah itu menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.