AGENDA

Klang, Sepang antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 10 pagi

18 Apr 2024, 12:28 AM
Klang, Sepang antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 10 pagi
Klang, Sepang antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 18 APRIL: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda empat daerah di Selangor sehingga 10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah berkenaan ialah Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Selain itu cuaca sama dijangka berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan serta Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak.

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.