ad
AGENDA

Kejohanan Badminton Asia, Sze Fei-Nur Izzuddin singkir juara dunia

10 Apr 2024, 1:51 PM
Kejohanan Badminton Asia, Sze Fei-Nur Izzuddin singkir juara dunia

KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi tersendiri, dengan menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.

Gandingan ranking ke-19 dunia itu, ternyata tampil luar biasa mengejutkan gandingan ranking nombor dua dunia berkenaan 21-13 dan 21-18 dalam tempoh 44 minit.

Menanti mereka di pusingan kedua, gandingan ranking ke-11 dunia negara tuan rumah China He Jiting-Ren Xiangyu.

Dua pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mengiringi kemaraan ke pusingan kedua, selepas menewaskan lawan masing-masing.

Wei Chong-Kai Wun menewaskan gandingan tuan rumah Chen Bo Yang-Liu Yi, 21-15 , 21-12 dan akan bertemu wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, sementara Aaron-Wooi Yik yang menewaskan gandingan India Hariharan Amsakarunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi, 21-15, 21-14 akan bertemu wakil Jepun Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.