Kemeriahan sambutan lebaran semakin terasa apabila pelbagai bazar raya dibuka di serata negeri.
Meski umat Islam masih sibuk beribadah, sebilangan memilih membeli-belah terlebih dahulu untuk persiapan menyambut Syawal.
Walau disaingi hebat jualan dalam talian, bazar raya masih menjadi pilihan.
Lazimnya bilangan pengunjung ke bazar-bazar raya semakin bertambah pada minggu kedua dan minggu ketiga bulan puasa.
Barangan yang dijual tidak kurang kualiti dan sering pelbagai, selain banyak pilihan.
Selain pusat beli-belah seperti Kompleks PKNS yang menjadi tumpuan, bazar raya di tapak gerai uptown juga dikunjungi orang ramai yang ingin mencari barangan untuk merai Aidilfitri.
Lensa HAFIZ OTHMAN, FIKRI YUSOF, AHMAD ZAKKI JILAN, REMY ARIFIN dan MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN merakam kemeriahan bazar raya di tujuh lokasi.
Keterangan gambar oleh HAFIZAN TAIB.
[caption id="attachment_637164" align="aligncenter" width="699"] Mohd Saufi Zainal Ariffin, 48, memilihkan baju melayu untuk anak-anaknya di gerai Ahmad Yusoff ketika tinjauan Bazar Raya Kompleks PKNS, Shah Alam pada 27 Mac 2024[/caption]
[caption id="attachment_637166" align="aligncenter" width="697"] Wan Yusrin Hanis Wan Yusri menyusun minyak wangi di kedainya di Uptown Mines, Seri Kembangan pada 29 Mac 2024[/caption]
[caption id="attachment_637165" align="aligncenter" width="697"] Peniaga, Nurul Nadia A Rahman menyusun kuih raya yang dijual dengn harga 3 balang RM100 kepada pelanggan di Bazar Uptown Jalan Reko pada 29 Mac 2024[/caption]
Shahrul Bariah, 48 sedang memilih kain pelikat untuk suaminya bagi persiapan raya di Bazar Raya Bandar Baru Sungai Buloh, Shah Alam pada 29 Mac 2024
[caption id="attachment_637159" align="aligncenter" width="684"] Maskot beruang beraksi menghiburkan pengunjung Uptown Seksyen 24, Shah Alam dengan bayaran sukarela pada 29 Mac sempena jualan menyambut Hari Raya Puasa[/caption]
[caption id="attachment_637163" align="aligncenter" width="670"] Pekerja Rellieze Carpet Hamdi Saputra, 29 memberi penerangan berkaitan karpet kepada pembeli bagi persiapan raya di Bazar Raya Jalan Taiping, Klang pada 29 Mac 2024[/caption]
[caption id="attachment_637162" align="aligncenter" width="679"] Pengunjung memilih capal yang terdapat di gerai koleksi busana melayu Riaz Arshad ketika tinjauan Bazar Raya Kompleks PKNS, Shah Alam pada 27 Mac 2024[/caption]
[caption id="attachment_637161" align="aligncenter" width="683"] Peniaga Baharim Sukari mencuba kain samping kepada adik Adam Farish Norhisam, 12, di Kompleks PKNS Bangi, Kajang pada 29 Mac 2024[/caption]
[caption id="attachment_637160" align="aligncenter" width="677"] Azizul Azhim, 28, mencuba songkok di gerai Nadir Enterprise ketika tinjauan Bazar Raya Kompleks PKNS, Shah Alam pada 27 Mac 2024[/caption]
Peniaga Mohd Shafie Hassan menunjukkan getam, sejenis destar popular di Kelantan, pada 25 Mac di Uptown Seksyen 24, Shah Alam
[caption id="attachment_637170" align="aligncenter" width="699"] Peniaga, Muhammad Firdaus Zainal menunjukkan sampul duit raya yang dijual dengn harga 4 paket RM10 kepada pelanggan di Bazar Uptown Jalan Reko pada 29 Mac 2024[/caption]
[caption id="attachment_637158" align="aligncenter" width="686"] Pengungjung berkesempatan bergambar bersama costume bumblebee ketika berjalan membuat persiapan raya di Bazar Raya Jalan Taiping, Klang pada 29 Mac 2024[/caption]
[caption id="attachment_637157" align="aligncenter" width="679"] Kugiran Fadbulous membawa lagu Satu Hari di Hari Raya, dendangan asal Datuk M Nasir, pada 25 Mac. Kumpulan itu menghiburkan pengunjung Uptown Seksyen 24, Shah Alam[/caption]
[caption id="attachment_637171" align="aligncenter" width="658"] Amira Masri, 35 bersama suaminya Rizal Hashim, 40 memilih pelita bagi perhiasan raya di Bazar Raya Jalan Taiping, Klang pada 29 Mac 2024[/caption]
















