AGENDA

Pemimpin mesti adil, hindar rasa benci (VIDEO)

7 Apr 2024, 1:00 PM
Pemimpin mesti adil, hindar rasa benci (VIDEO)
Pemimpin mesti adil, hindar rasa benci (VIDEO)

SHAH ALAM, 7 APRIL: Ketakwaan merupakan syarat utama untuk menjadi pemimpin yang adil khususnya kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Demikian ulasan Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ketika menghuraikan surah al-Ma’idah ayat 8 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut Ahmad Fakhrurrazi ketakwaan mendorong seorang mukmin memandang Allah dengan baik, sekali gus melihat setiap perkara yang berlaku asbab kebaikan dan kasih sayang-Nya.

“Takwa ini untuk pastikan kita tidak benci orang. Sebab bila kita bertakwa, kita akan pandang Allah baik dan kita juga akan sentiasa dalam kasih sayang Allah.

“Ayat ini perlu diinsafi pada penghujung Ramadan ini. Mudah-mudahan dengan ketakwaan ini tiada lagi kebencian, dan keadilan akan menular kepada setiap insan sehingga kita semua menuju ke arah kesejahteraan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang disiarkan secara rakaman menerusi laman sosial rasmi Amirudin Shari, hari ini.

[caption id="attachment_636925" align="aligncenter" width="685"] Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan[/caption]

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin berkata berlaku adil merupakan perkara yang amat sukar dilaksanakan namun sikap tersebut dituntut dalam Islam serta disanjung tinggi masyarakat.

“Berlaku adil dengan amanah sedia ada sangat disanjung tinggi, tetapi bukan mudah. Ia tidak berlaku dengan hanya azam atau kata-kata tapi ada kuncinya iaitu ketakwaan kepada Allah.

“Mari kita berdoa supaya menjadi kelompok orang yang bertakwa daripada ibadat puasa yang kita lakukan pada bulan Ramadan ini,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: Terus berbuat amal kebaikan

Episod 2: Mohon petunjuk dan ilham

Episod 3: Ilmu dan adab asas kehidupan

Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik

Episod 5: Amanah, cerita kebenaran

Episod 6: Bersatu hati, elak pertikaian

Episod 7: Ilmu datang dari pelbagai arah

Episod 8: Kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan

Episod 9: Wajib berbakti kepada ibu bapa

Episod 10: Berdoa agar amalan diterima Allah

Episod 11: Manfaat pancaindera untuk timba ilmu

Episod 12: Kongsi rezeki dan yakin balasan Allah

Episod 13: Ujian itu hikmah, jadi insan hebat

Episod 14: Istiqamah mengingat Allah

Episod 15: Ujian Allah sesuai kemampuan

Episod 16: Bercakap benar, beradab dalam berbicara

Episod 17: Pemimpin berbincang sebelum buat keputusan

Episod 18: Rasullullah susuk penting

Episod 19: Waspada sifat orang munafik

Episod 20: Manfaat Ramadan dengan terus berdoa

Episod 21: Serah kepada Allah setelah ikhtiar, doa

Episod 22: Bukti kekuasaan Allah ada di sekeliling kita

Episod 23: Jaga proses ketauhidan agar terus kukuh

Episod 24: Berbakti pada ibu bapa

Episod 25: Jadikan kisah nabi, rasul sebagai panduan hidup

Episod 26: Umat Islam perlu berjiwa besar, pemaaf

[embed]https://youtu.be/1qWio-SIVGw[/embed]