ad
AGENDA

Waspada sifat orang munafik dalam membina keluarga (VIDEO)

30 Mac 2024, 1:00 PM
Waspada sifat orang munafik dalam membina keluarga (VIDEO)
Waspada sifat orang munafik dalam membina keluarga (VIDEO)

SHAH ALAM, 30 MAC: Umat Islam diingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan tipu daya terutama dalam membina keluarga.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah al-Baqarah ayat 204 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut Don Daniyal peringatan itu khusus kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan ketika  memilih pasangan hidup.

"Berhati-hati, jaga. Tutur kata elok, tengok-tengok fahaman berbeza, bukan ahli sunnah wal jamaah. Semua itu kena jaga.

[caption id="attachment_633373" align="aligncenter" width="587"] Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan[/caption]

"Dalam hadis mengatakan ada yang tutur katanya hal dunia (perkahwinan) menyebabkan engkau tertarik hati. Maka berhati-hati untuk kita semua.

"Saya doakan, kalian yang ada anak-anak perempuan, dikurniakan pasangan yang baik-baik. Yang bercakap seperti yang diamalkan, jangan ada yang bermuka-muka," katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin berkata semoga umat Islam dapat membezakan antara baik buruk, benar atau salah dan tidak mudah tertipu dengan kata-kata indah.

"Kadang-kala sengaja direka untuk menekan atau memburuk. Semoga terus makin rapat mencintai al-Quran," katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan

Episod 2: mohon petunjuk dan ilham

Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan

Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik

Episod 5: amanah, cerita kebenaran

Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian

Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah

Episod 8: kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan

Episod 9: wajib berbakti kepada ibu bapa

Episod 10: berdoa agar amalan diterima Allah

Episod 11: manfaat pancaindera untuk timba ilmu

Episod 12: kongsi rezeki dan yakin balasan Allah

Episod 13: ujian itu hikmah, jadi insan hebat

Episod 14: istiqamah mengingat Allah

Episod 15: ujian Allah sesuai kemampuan

Episod 16: bercakap benar, beradab dalam berbicara

Episod 17: pemimpin berbincang sebelum buat keputusan

Episod 18: Rasullullah susuk penting