ad
ADN

Sempena Aidilfitri, ADN Pandan Indah bawa 230 anak asnaf berbelanja di Jakel

24 Mac 2024, 3:41 AM
Sempena Aidilfitri, ADN Pandan Indah bawa 230 anak asnaf berbelanja di Jakel
Sempena Aidilfitri, ADN Pandan Indah bawa 230 anak asnaf berbelanja di Jakel

SHAH ALAM, 24 MAC: Seramai 230 anak asnaf dan dari keluarga kurang berkemampuan di Pandan Indah menerima sumbangan baju raya sempena program Jom Shopping Baju Raya.

Wakil rakyatnya Ir Izham Hashim berkata semua penerima sumbangan dibawa membeli kelengkapan pakaian raya di Wisma Jakel, Kuala Lumpur.

“Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain melihat anak-anak asnaf dan keluarga kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri ini dengan baju baru.

“Semoga dengan sumbangan ini memberi keceriaan kepada penerima menjelang hari raya nanti dan menjadi asbab kebaikan kepada kita semua,” katanya menerusi Facebook semalam.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Koridor Utiliti Selangor, pasukan Pusat Khidmat DUN Pandan Indah, Jabatan Penerangan Hulu Langat dan Jakel yang membantu menjayakan program tersebut.

[caption id="attachment_634650" align="aligncenter" width="715"] Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Ir Izham Hashim membantu salah seorang penerima memilih baju raya di Jakel Kuala Lumpur sempena program Jom Shopping Baju Raya pada 23 Mac 2024. Foto Facebook Izham Hashim[/caption]

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.