ad
AGENDA

Kajian SSPA ambil kira waktu kerja penjawat awam wanita, tempoh lebih pendek

8 Mac 2024, 3:30 PM
Kajian SSPA ambil kira waktu kerja penjawat awam wanita, tempoh lebih pendek

PETALING JAYA, 8 MAC: Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dirangka turut mengambil kira untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita bekerja dalam tempoh lebih pendek supaya dapat memberi perhatian lebih kepada keluarga.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelonggaran itu, mungkin akan melibatkan kadar upah yang berbeza.

“Saya akan bincang dengan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam supaya diberi kelonggaran, walaupun dengan sedikit gaji yang kurang.

“Umpamanya biasanya kerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang, tetapi kalau bekerja mungkin selama empat jam, mengikut kadar upah mungkin kurang, tetapi kita boleh manfaatkan wanita yang merasa terdesak untuk jaga kepentingan anak-anak di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, di sini malam ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.