BUDAYA

Bening Paling Nyaman

2 Mac 2024, 12:45 AM
Bening Paling Nyaman

 

Segenap aku berharap

Awan yang meneduhkan hari ini

Membawa ingatanmu

Kepada dua minggu lalu

Kita menaksir masa depan

Berbagi semangat dan gusar

Semua rasa urung selesai

Namun masih mahu aku simpan

Bibit angin seli nafasmu

Di dalam rakaman

Bening paling nyaman

Menurutmu dunia ini

Hamparan keabadian manusia

Yang melampaui kekalahan;

Kau arahkan mata ke langit

“dan kita salah satunya”

Menggendeng tanganmu hari itu

Adalah bahagia yang berlari-lari

Aina Alias

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.