ad
AGENDA

Warga emas rugi lebih RM173,000 angkara penipuan panggilan telefon

29 Feb 2024, 11:59 AM
Warga emas rugi lebih RM173,000 angkara penipuan panggilan telefon

SEREMBAN, 29 FEB: Seorang wanita berumur 66 tahun mengalami kerugian RM173,500 selepas terperdaya dengan sindiket ‘phone scam’, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata wanita berumur 66 tahun itu mendakwa pada mulanya dia menerima panggilan daripada seorang individu menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan meragukan, sebelum talian disambungkan kepada ‘polis’.

“Mangsa ditakutkan dengan rekod kesalahan pengubahan wang haram dan arahan waran tangkap sehingga dia mengikut segala arahan supaya memindahkan wang keseluruhan RM173,500 kepada beberapa akaun yang diberikan.

“Mangsa menyedari ditipu apabila suspek menyekatnya daripada menghubungi mereka selepas transaksi dilakukan, dan dia kemudian membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menyeru masyarakat untuk sentiasa peka dan cakna dengan trend sindiket penipuan yang semakin berleluasa.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.