ad
AGENSI

Program berkhatan tajaan MBI dapat sambutan, bantu ringan beban keluarga

17 Feb 2024, 10:18 AM
Program berkhatan tajaan MBI dapat sambutan, bantu ringan beban keluarga
Program berkhatan tajaan MBI dapat sambutan, bantu ringan beban keluarga
Program berkhatan tajaan MBI dapat sambutan, bantu ringan beban keluarga

PETALING JAYA, 17 FEB: Seramai 20 kanak-kanak di sekitar Kota Damansara menyertai program berkhatan 2024 tajaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Mereka diraikan dengan perarakan bunga manggar diiringi paluan kompang sebelum siraman pancutan air daripada pili jentera bomba.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop berkata pihaknya memperuntuk RM7,000 untuk program tersebut merangkumi caj doktor, sumbangan wang tunai dan kain pelikat.

“Program ini tanggungjawab sosial korporat MBI di bawah teras pembangunan komuniti dan kita bekerjasama dengan wakil rakyat Kota Damansara serta Pusat Perubatan Ara Damansara.

[caption id="attachment_629056" align="aligncenter" width="980"] Ahli Dewan Negeri Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Saipolyazan M Yusop dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Ara Damansara, Miranda Harumal bergambar bersama peserta pada Program Berkhatan 2024 di Atrium, Pusat Perubatan Ara Damansara, Shah Alam pada 17 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

“MBI berharap dengan adanya bantuan ini seperti ia meringankan beban keluarga terutama dalam membuat persiapan anak-anak bersekolah,” katanya ditemui dalam program berkenaan.

Terdahulu, pelbagai aktiviti lain disediakan untuk kanak-kanak antaranya pertandingan mewarna, tayangan filem dan membaca.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan MBI dalam membantu menyalurkan bantuan disediakan untuk rakyat khusus golongan berpendapatan rendah.

“Untuk kali ini, pejabat pusat khidmat masyarakat memberikan nama kepada MBI keluarga yang berkelayakan kerana di Kota Damansara ada juga golongan kurang berkemampuan.

“Selain program berkhatan, kita juga adakan beberapa aktiviti menarik sempena cuti sekolah antaranya program kembali ke sekolah dan klinik bola sepak yang membantu kanak-kanak mengasah bakat dalam sukan ini,” katanya.

[caption id="attachment_629058" align="aligncenter" width="863"] Peserta bermain air pancuran bomba pada Program Berkhatan 2024 di Atrium, Pusat Perubatan Ara Damansara, Shah Alam pada 17 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Ara Damansara Miranda Harumal berkata pihaknya julung kali mengadakan program berkhatan beramai-ramai dengan kerjasama MBI dan wakil rakyat.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama menganjurkan program seperti ini sekali gus membuktikan kesihatan merupakan elemen penting demi kesejahteraan komuniti,” ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.