ad
ADN

Sempena Tahun Baharu Cina, ADN Sungai Pelek hulur sumbangan kepada 80 keluarga

9 Feb 2024, 10:03 AM
Sempena Tahun Baharu Cina, ADN Sungai Pelek hulur sumbangan kepada 80 keluarga

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 9 FEB: Seramai 80 keluarga di DUN Sungai Pelek menerima bantuan bakul makanan dan angpau sempena Tahun Baharu Cina.

Wakil rakyatnya Lwi Kian Keong berkata bakul makanan itu disumbangkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI manakala angpau melalui sumbangan individu yang disalurkan kepada pusat khidmat masyarakat DUN.

“Melalui inisiatif ini, saya berharap dapat memberi sinar dan keceriaan kepada penerima yang memerlukan bagi meringankan beban mereka menyambut perayaan tahun ini.

“Saya turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada penyumbang atas sokongan dan kebaikan mereka untuk sama-sama bantu membina masyarakat yang lebih baik,” katanya di Facebook.

Pada masa sama, Kian Keong turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat menyambut Perayaan Tahun Baharu Cina buat seluruh masyarakat berbangsa Cina khususnya di DUN Sungai Pelek.

Pada 22 Januari lalu, Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor memaklumkan pihaknya menerima 1,000 permohonan bakul makanan daripada keluarga memerlukan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Sebelum ini, anak syarikat milik Kerajaan Negeri memperuntuk RM1 juta bagi menjayakan program bakul makanan sepanjang tahun ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.