ad
AGENSI

PKPS tawar biskut krim RM3.50 sepeket, produk baharu jenama Ehsan

5 Feb 2024, 6:30 AM
PKPS tawar biskut krim RM3.50 sepeket, produk baharu jenama Ehsan
PKPS tawar biskut krim RM3.50 sepeket, produk baharu jenama Ehsan
PKPS tawar biskut krim RM3.50 sepeket, produk baharu jenama Ehsan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KLANG, 5 FEB: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan produk terbaharu iaitu biskut krim yang turut dijual di Jualan Ehsan Rahmah (JER).

Penyelarasnya Muhammad Syahmi Asymawi Solahudin berkata biskut berperisa coklat dan lemon itu dijual RM3.50 sepeket dengan berat 125 gram.

“Selain dua perisa biskut krim ini, barangan kering lain seperti serbuk koko dan biskut mentega juga antara yang laris dijual memandangkan musim perayaan bakal tiba tidak lama lagi.

“Kita juga masih membawa barangan lain pada kuantiti yang sama iaitu 500 ekor ayam, daging, ikan 200 pek, 300 papan telur dan pek beras,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program JER peringkat Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang, di Jalan Tepi Sungai di sini, hari ini.

[caption id="attachment_627188" align="aligncenter" width="811"] Ketua Komuniti India DUN Bandar Baru Klang J Arulnesan ketika ditemui di program Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang di Jalan Tepi Sungai pada 5 Februari 2024. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Ketua Komuniti India DUN Bandar Baru Klang J Arulnesan berkata lokasi JER dipilih mengikut keperluan masyarakat yang menyambut perayaan terdekat.

“Namun jika bukan musim perayaan, komuniti yang menguruskan termasuk Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bandar Baru Klang akan mencari kawasan tumpuan lain yang mudah dikunjungi pengunjung.

“Antara lokasi tumpuan adalah Klang Utama, Jalan Tepi Sungai, Batu Belah dan Taman Eng Ann,” katanya.

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Tahun lalu PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 berikutan kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

[caption id="attachment_627189" align="aligncenter" width="755"] Orang ramai tidak melepaskan peluang berbelanja di program Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang di Jalan Tepi Sungai pada 5 Februari 2024. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI[/caption]

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book Records( MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.