AGENSI

Keunikan, kemerduan dorong wanita dalami seni muzik cempuling

4 Feb 2024, 2:30 AM
Keunikan, kemerduan dorong wanita dalami seni muzik cempuling
Keunikan, kemerduan dorong wanita dalami seni muzik cempuling
Keunikan, kemerduan dorong wanita dalami seni muzik cempuling
Keunikan, kemerduan dorong wanita dalami seni muzik cempuling
Keunikan, kemerduan dorong wanita dalami seni muzik cempuling

SHAH ALAM, 4 FEB: Keunikan dan kemerduan seni muzik cempuling mendorong minat seorang wanita yang berasal dari Johor untuk mendalami bidang itu.

Datin Ella Shalwiza Nasir, 40, yang bergiat aktif dengan seni ghazal dan tarian zapin sejak di usia muda mula mempelajari cempuling tahun lalu, kini menganggotai kumpulan Gemala Kusiss.

[caption id="attachment_627050" align="aligncenter" width="772"] Datin Ella Shalwiza Nasir, 40[/caption]

"Tahun lepas saya ditawar untuk menyertai kumpulan Gemala Kusiss, pada mulanya belajar kemudian lama-kelamaan jatuh cinta dengan seni muzik cempuling ini,

"Alhamdulillah, kumpulan kami mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir Pertandingan Seni Warisan Cempuling selepas berjaya pada pusingan separuh akhir hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pertandingan berkenaan di Auditorium MBSA di sini, semalam.

[caption id="attachment_627034" align="aligncenter" width="734"] Enam kumpulan yang layak ke pertadingan akhir bergambar selepas Pertandingan Seni Warisan Cempuling 2024 peringkat separuh akhir di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 3 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Selain Gemala Kusiss, lima lagi kumpulan mara ke peringkat akhir yang dijadual Mei ini adalah Floria Harmoni, Cempuling Seri Rantau, Warisan Irama Damai, Suara Cempuling Sungai Kajang Tanjong Karang; dan Damar Wulan.

Program anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertujuan memartabatkan seni warisan cempuling di Selangor.

"Saya menyambut baik pihak Kerajaan Selangor yang mahu mengangkat seni muzik ini menjadi identiti negeri dan ia wajar dipelihara serta dihayati terutamanya generasi muda," katanya.

Sementara itu, wakil kumpulan Cempuling Sri Rantau Mohd Nurazman Hakim Mustakin, 28, bersyukur apabila mereka turut mara ke peringkat akhir.

[caption id="attachment_627049" align="aligncenter" width="782"] Mohd Nurazman Hakim Mustakin, 28[/caption]

"Di kampung kami apabila ada majlis keraian mesti ada persembahan cempuling, daripada situ saya mula jatuh cinta kerana wujudnya unsur Melayu, Jawa dalam seni muzik ini," katanya yang berasal dari Klang.

Pada 9 Jun tahun lalu, Selangor mempromosi seni cempuling ke Indonesia menerusi program Silang Budaya yang membuka peluang masyarakat negara itu mengenali seni dan muzik asli Selangor.

Bertempat di Malaysia Hall Jakarta, persembahan seni cempuling dan muzik asli Selangor dari Kumpulan Tunas Cempuling dan Muzik Asli Sri Kenchana menarik minat peserta dari Indonesia dan mahu mendalami kedua-dua seni budaya itu dengan lebih terperinci.

[caption id="attachment_587037" align="aligncenter" width="810"] Persembahan seni cempuling dan muzik asli Selangor daripada Kumpulan Tunas Cempuling dan Muzik Asli Sri Kenchana pada program Silang Budaya ke Indonesia di Malaysia Hall Jakarta pada 9 Jun 2023. Foto Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjung Sepat[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.