ad
BUDAYA

Kereta Api Mimpi Membawa ke Tempat Asing

3 Feb 2024, 12:30 AM
Kereta Api Mimpi Membawa ke Tempat Asing

kereta api mimpi belum meninggalkan kamar

ketika mata masih meramahi siling sebelum

nyaring peluit berjabat mengucapkan selamat tinggal

dan pelukan erat kala ketakutan mendinginkan

seluruh tubuh, adakah selamat perjalanan ditempuh

perpindahan ke alam asing bukanlah pilihan

setelah gerabak tidur meninggalkan stesen. kita

mengembara menggalas perasaan yang memberati pundak

tiada kepastian akan kembali pulang ke pangkuan

tubuh yang tertinggal di ranjang. mungkin

perjalanan menghala kita ke tempat lebih asing

lebih jauh tak tercapai akal dan pandangan

tajam dingin rakus mencengkam, calarbalar lukaluka

jiwa meronta-ronta ingin pulang

kita akhirnya sampai dan terlepas menempah

tiket pulang yang kehabisan.

 

Sarah Ross

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.