AGENDA

Penjawat awam rugi RM12,000 diperdaya 'kekasih' di Instagram

1 Feb 2024, 10:57 AM
Penjawat awam rugi RM12,000 diperdaya 'kekasih' di Instagram

KUCHING, 1 FEB: Seorang penjawat awam lelaki di Miri, bahagian utara Sarawak, kerugian RM12,000 akibat terpedaya dengan sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang wanita menerusi laman sosial Instagram.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata berdasarkan laporan kelmarin, mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.

"Mangsa telah diperdaya oleh suspek dengan alasan boleh mendapatkan bantuan pinjaman wang.

“Mangsa kemudian hanya menyedari dirinya telah ditipu selepas suspek berterusan meminjam wang mangsa sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM12,000,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Alexson berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, sebatan dan juga denda jika disabitkan kesalahan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.