ad
AGENSI

Infrasel baik pulih jalan di Pelabuhan Klang, Hulu Langat

30 Jan 2024, 8:20 AM
Infrasel baik pulih jalan di Pelabuhan Klang, Hulu Langat

SHAH ALAM, 30 JAN: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) dalam proses membaik pulih permukaan jalan di Pelabuhan Klang dan Hulu Langat.

Syarikat penyelenggara jalan negeri itu memaklumkan pembaikan sebahagian laluan Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang hampir selesai dan dijangka siap selewat-lewatnya awal pagi esok.

"Peratusan kerja sudah hampir mencecah 100 peratus dan akan diselesaikan sebelum fajar," tulisnya menerusi Twitter.

Hadir sama menyaksikan kerja penyelenggaraan itu ialah Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri.

Semalam, Infrasel turut melaksanakan kerja membaik pulih jalan rosak menggunakan kaedah pembinaan semula di Jalan Bukit Peras, Hulu Langat.

"Kerja penyelenggaraan itu juga sudah mencapai 25 peratus dan dijangka selesai sekitar Februari ini," jelasnya.

Orang ramai boleh terus membuat aduan dengan memuat naik ciapan di laman X bersama tanda pagar #INFRASEL #NamaJalan #Daerah (jika) berlaku kerosakan jalan raya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.