ad
AGENDA

Tiga maut kemalangan dua kereta di Kota Tinggi

29 Jan 2024, 8:20 AM
Tiga maut kemalangan dua kereta di Kota Tinggi

JOHOR BAHRU, 29 JAN: Tiga lelaki maut selepas terlibat kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 48.8 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi dekat Kota Tinggi pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata dalam kejadian 7.25 pagi itu, pihaknya menerima maklumat berkenaan kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Gen-2.

"Mereka yang maut adalah pemandu kereta Gen-2 berusia 46 tahun manakala dua mangsa maut berusia 22 dan 28 tahun menaiki kereta Myvi dan ketiga-tiganya parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan namun kenderaan yang terbabit dalam kemalangan tersebut dipercayai dari Kota Tinggi menghala ke Bandar Penawar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya mayat kesemua mangsa dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.