ad
AGENDA

Malaysia calar reputasi Korea Selatan apabila catat keputusan seri 3-3

25 Jan 2024, 2:34 PM
Malaysia calar reputasi Korea Selatan apabila catat keputusan seri 3-3
Malaysia calar reputasi Korea Selatan apabila catat keputusan seri 3-3

Daripada Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif

DOHA, 25 JAN: Skuad Harimau Malaya menampilkan belangnya dan hampir menumbangkan juara dua kali Korea Selatan sebelum mencatat keputusan seri 3-3 pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub di sini, malam ini.

Pemain tengah Jeong Woo-yeong membuka tirai jaringan di separuh masa pertama sebelum Malaysia bangkit mendahului perlawanan selepas 17 minit separuh masa kedua bersambung menerusi gol Mohamad Faisal Abdul Halim dan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.

[caption id="attachment_625469" align="aligncenter" width="1073"] Penyokong bersorak di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menonton perlawanan Piala Asia Qatar 2023, di antara pasukan Malaysia dan Korea Selatan secara langsung menerusi tiga skrin gergasi, ketika tinjauan pada 25 Januari 2024. Foto BERNAMA[/caption]

Namun, Korea Selatan menyamakan kedudukan ketika berbaki 10 minit masa permainan sebenar hasil gol sendiri penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed sebelum mendahului 3-2 menerusi penalti pemain bintang Tottenham Hotspur Son Heung-min pada masa tambahan.

Pemain gantian yang juga pemain naturalisasi Romel Morales muncul wira apabila menyumbat gol ketiga pasukan negara pada masa tambahan yang memasuki 15 minit untuk menghadiahkan satu mata kepada Malaysia pada kempen kali ini.

Keputusan itu menyaksikan Korea Selatan kekal di posisi kedua Kumpulan E dengan mengumpul lima mata sementara Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong apabila membawa satu mata dan boleh berbangga dengan tiga gol yang dihasilkan menentang antara pasukan gergasi Asia itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.