ad
AGENDA

Polis tahan dua lelaki Pakistan disyaki samun, rogol di jejantas stesen kereta api

17 Jan 2024, 9:57 AM
Polis tahan dua lelaki Pakistan disyaki samun, rogol di jejantas stesen kereta api

SERDANG, 17 JAN: Polis menahan dua lelaki warga Pakistan yang disyaki terlibat dengan jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen KTM Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A.Anbalagan berkata kedua-dua suspek ditahan di kawasan kaki lima kondominium Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan pada pukul 8.30 malam Isnin lepas.

Beliau berkata suspek pertama berumur 29 tahun disyaki menyamun seorang wanita di jejantas KTM Serdang pada 30 Dis lepas, manakala suspek kedua berumur 23 tahun disyaki menyamun dan merogol seorang wanita berumur 29 tahun di sekitar kawasan sama pada 14 Jan lepas.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Serdang di sini hari ini, beliau berkata telefon mangsa dilarikan dalam kedua-dua kejadian.

“Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 392/397/376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan direman selama tujuh hari bermula semalam,” katanya.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.