ad
AGENSI

Peserta U-PLATS mohon geran digital berpeluang dapat telefon percuma

8 Jan 2024, 2:00 PM
Peserta U-PLATS mohon geran digital berpeluang dapat telefon percuma
Peserta U-PLATS mohon geran digital berpeluang dapat telefon percuma

SHAH ALAM, 8 JAN: Peserta program Latihan Pembangunan Usahawan Plats (U-PLATS) dipelawa memohon Geran Digital Penjaja Madani yang dibuka sejak 1 Januari, maklum Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Menurut Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor, geran bawah inisiatif kerajaan pusat itu menawarkan telefon percuma dan pakej mesin kira bernilai RM1,000.

“Sempena tahun baharu 2024 ini, ada berita baik untuk peniaga yang berdaftar dengan PLATS. Peserta boleh memohon geran ini yang merupakan inisiatif kerajaan pusat dan kita bantu mempermudahkan urusan peniaga PLATS.

“Keutamaan kepada 360 peserta U-PLATS. Setakat ini peserta U-PLATS seramai 180 orang membabitkan enam pihak berkuasa tempatan (PBT) dan akan diperluas ke enam lagi PBT,” katanya di Facebook baru-baru ini.

[caption id="attachment_617609" align="aligncenter" width="748"] Pengunjung mengimbas kod QR Platform Selangor (PLATS) untuk menebus RM5 yang diberi percuma kepada pengunjung ketika program Plats Masuk Pasar di pasar malam Setia Taipan, Shah Alam pada 7 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang platselangor.com. Klik inisiatif MBI, pilih Geran Digital Penjaja Madani dan lengkapkan borang google yang disediakan.

Pakej tersedia pada mesin kira meliputi sistem perakaunan (bookkeeping), DuitNow, Tap2Phone, pos dan invois, pengurusan inventori serta analisa perniagaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.