AGENDA

Lelaki maut jatuh dari tingkat 17 selepas tikam isteri

7 Jan 2024, 5:51 AM
Lelaki maut jatuh dari tingkat 17 selepas tikam isteri

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Seorang lelaki warga Indonesia maut terjatuh dari tingkat 17, di sebuah kondominium di Setapak, di sini, selepas bertengkar dan menikam isterinya pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian pada 11.15 pagi itu, suspek berusia 44 tahun dilaporkan bertengkar dengan isterinya akibat salah faham sebelum bertindak menikamnya dengan menggunakan sebilah pisau.

“Lelaki itu kemudian melarikan diri ke arah balkoni sebelum dipercayai terjatuh dari tingkat 17 kondominium tersebut dan ditemukan mati berhampiran kolam renang tingkat bawah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isteri kepada lelaki berkenaan berusia 37 tahun yang mengalami kecederaan parah di bahagian dada, kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.