ad
AGENSI

Giat promosi Tahun Melawat Selangor 2025, tarik lebih ramai pelancong

5 Jan 2024, 9:00 AM
Giat promosi Tahun Melawat Selangor 2025, tarik lebih ramai pelancong
Giat promosi Tahun Melawat Selangor 2025, tarik lebih ramai pelancong
Giat promosi Tahun Melawat Selangor 2025, tarik lebih ramai pelancong
Giat promosi Tahun Melawat Selangor 2025, tarik lebih ramai pelancong

SHAH ALAM, 5 JAN: Kerja mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025 giat dilaksana tahun ini termasuk mengadakan lawatan ke beberapa negara bagi menarik lebih ramai pelancong.

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim berkata di peringkat tempatan, pihaknya menghias dinding Bas Smart Selangor dengan gambar lokasi tarikan di negeri ini untuk hebahan.

[caption id="attachment_613969" align="aligncenter" width="808"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim berucap ketika majlis Kejohanan Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) edisi ke-33 di Royal Selangor Yacht Club, Klang pada 17 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Proses dibuat berperingkat dengan permulaan sebanyak 15 bas. Ia membabitkan kira-kira 60 bas keseluruhannya. Kita paparkan lokasi menarik antaranya taman tema air, pemandangan sawah padi dan air terjun.

“Beberapa program lawatan ke luar negara turut dirancang bagi mendapatkan kerjasama antarnya ke Indonesia dan India. Minggu depan 40 pengusaha pelancongan dari Thailand turut melawat ke Anjung Utara,” katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_590506" align="aligncenter" width="770"] Suasana di taman tema air SplashMania di Bandar Gamuda Cove, Kuala Langat ketika tinjauan pada 2 Julai 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata pihaknya turut menjangkakan jumlah pengunjung ke Selangor meningkat sehingga enam juta sepanjang tahun ini susulan kerja promosi ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’ bagi segmen domestik dan`Splendid Selangor, Take Me Anywhere! di peringkat global.

“Tahun lalu Selangor mencatatkan lima juta pengunjung dan kita jangka ia bertambah sejuta lagi tahun ini. Tahun ini jadi pecutan untuk kita membuat hebahan dan mempromosikan negeri,” katanya.

Pada September, Suee Lim memaklumkan Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan Tahun Melawat Selangor 2025 sebagai usaha menyemarak industri pelancongan.

[caption id="attachment_519717" align="aligncenter" width="754"] Avani Sepang Goldcoast antara penginapan pilihan orang ramai ketika bercuti di Selangor. Foto Facebook Tourism Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.