ad
AGENSI

Unisel buka permohonan pelajar baharu, kemasukan April

2 Jan 2024, 8:34 AM
Unisel buka permohonan pelajar baharu, kemasukan April
Unisel buka permohonan pelajar baharu, kemasukan April
Unisel buka permohonan pelajar baharu, kemasukan April

SHAH ALAM, 2 JAN: Universiti Selangor (Unisel) membuka permohonan kemasukan pelajar baharu bagi kemasukan April ini.

Universiti milik Kerajaan Negeri itu menawarkan program pengajian di peringkat program asas, diploma, sarjana muda, sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://etawaran.unisel.edu.my/ dan semakan program ditawar di https://www.unisel.edu.my/admission/programmes-offered/.

Menurut Unisel di Facebook universiti itu memiliki prasarana terbaik dengan yuran pendaftaran minimum selain program pengajian yang diakreditasikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Maklumat lanjut hubungi 03-5522 3400 atau Whatsapp https://wa.me/+60183788756 (Cik Noor Suraya), https://wa.me/+60183728049 (Cik Rehan), https://wa.me/+60183566703 (Encik Fadly) dan https://wa.me/+60183816472 (Cik Bunga).

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kadar kebolehpasaran graduan Unisel terus meningkat apabila merekodkan 95.7 peratus pada 2022, lebih tinggi berbanding 90 peratus purata kebangsaan.

Pencapaian itu sekali gus meletakkan universiti itu di tangga ke-15 daripada keseluruhan 360 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara.

[caption id="attachment_613087" align="aligncenter" width="687"] Suasana sekitar Konvokesyen Univerisiti Selangor (Unisel) ke-17 di Dewan Canselor Unisel kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 9 September 2023. Foto Facebook Unisel[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.